Manusia..ooohh... manusia....

Assalamualaikum...
Dunia semakin maju, namun manusia kian mundur. Betulkan? Kenapa saya kata begitu? Kerana manusia kini semakin hilang etika, budaya dan perikemanusiaan. Mungkin akan ada yang berkata saya bercakap atas dasar suka-suka, atau semata-semata ingin mencari topik hangat, tapi kita tak sedar, apa sahaja perkara yang kita lakukan, kini dan akan datang semuanya semakin melangkau dari etika kemanusiaan dan jauh tersasar dari pegangan agama. Manusia kini semakin obses dengan kecantikan. Sana-sini orang sibuk mencari pil, suntikan, ubat atau apa sahaja cara untuk kelihatan cantik dan menarik. Segala macam rawatan atau pembedahan, bagaikan rutin uatam hidup mereaka kini. Jangan kata wanita sahaja, lelaki pun ada juga yang tergila-gilakan kecantikan luaran ini. Sudah begitu rupa anugerah Ilahi....terima sajalah.
Sudah cantik berkulit hitam manis, mahu ditukar pula menjadi putih. Tengok saja contoh depan mata. Micheal Jackson, raja pop antarabangsa yang sanggup tahan sakit semata-mata nak berkulit putih. Sudah berkulit molek tanpa jerawat, mahu pula kulit mulus. hasilnya, mula lah cari suntikan botox dan vitamin C. Sudah diberi badan yang sihat, gebu, montok, masih tidak bersyukur. Sanggup pula tahan nafsu sampai tak makan berminggu-minggu atau terus saja pergi buat rawatan 'liposuction' (sedut lemak). Sudah dapat kening yang tebal, alis yang menawan, habis ditarahnya bagai rumput di taman. Sudah dapat lidah yang mungil, yang indah berseri, habis di cucuk nya dengan cecair pembengkak. Alahai........manusia... manusia....
Sudah dapat hidung yang pesek, dagu yang lonjong, mata yang sepet, habis seluruh wajah di ubah nya. Ramai pulak tu yang terikut-ikut dengan trend tidak sihat ni. Manusia sekarang, alahai....tak pernah bersyukur. apa yang ada, semua di ubahnya. Kalau sempurna dan cantik, tak apa lah juga. Ini tidak, terlanggar sikit patah. Tersentuh sikit, pecah. Terpicit sikit rosak. Kenapa lah manusia ni tak mahu bersyukur saja dengan anugerah yang tidak ternilai dari ALLAH s.w.t?
Cuba-cubalah basahkan bibir dengan ZIKRULLAH...Sucikan wajah dengan WUDHU'.... Rampingkan badan dengan PUASA... Bersenam dengan SOLAT... Kuatkan anggota badan dengan SEDEKAH JARIAH...serta amal soleh yang lain...mungkin lebih berkesan daripada pil-pil, hormon-hormon dan rawatan-rawatan merbahaya tu..
Bukan niat mahu menjadi batu api, tapi...fikir-fikirlah...apalah faedahnya semua perubahan yang dilakukan? Kepada wanita-wanita, suami tetap lari jugak kalau anda berubah fizikal 100% sekali pun kalau hati anda masih tak berubah, niat dan perlakuan tetap sama. Yang penting, aurat dijaga, hati, pertuturan, amalan dan perlakuan sebagai muslimah sejati itu yang dijaga. Kepada para lelaki pula, untuk apa menjadi manusia yang rupa luaran sempurna tapi hati dan ibadat kepada Allah tidak sesempurna wajah yang di inginkan? Masih tergila-gilakan duniawi sedangkan kubur dah lama ternanti-nanti, untuk apa?
Sedarlah para umat yang gemar merubah kejadian azali ALLAH... Belajarlah terima hakikat diri anda, nescaya amda akan mampu menerima orang lain dengan ikhlas.. Allah melknat orang-orang yang merubah ciptaan NYA. Allah melaknat orang-orang yang tidak tahu bersyukur. Jadi, tanamkan satu tekad, belajar terima kekurangan diri, dan anggap ia sebagai satu kelebihan. Anda akan lebih tenang dengan cara itu. Lagipun, di akhirat nanti, bukan paras rupa yang menjadi ukuran. Amal soleh dan kebajikan yang menjadi sandaran. Fikir-fikirlah.............
Wassalam..
Mardziyatun Nasibah Mohammad Hazir

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: