dulu & sekarang..

Dulu..
dia saya anggap kawan yg paling setia..
Dulu..
dia lah yg paling memahami saya..
Dulu..
saya rasa kami akan kawan sampai bila-bila..
Dulu..
Kemana-mana pun kami berdua..
Dulu..
susah senang sama-sama..
Dulu..
makan sepinggan..
Dulu..
tidur pon sebantal..
Dulu..
Sakit dia, sakit saya..
Dulu..
Bahagia dia, bahagia saya..
Dulu..
Makan saya, makan lah dia..
Dulu..
Gurau saya, gurau dia..
Dulu..
Jiwa saya, jiwa dia..
Dulu..
Idea saya, idea dia..
Dulu..
Saya ada dia..
Dulu..
Saya keutamaan dia..

Sekarang..
Saya kawan yg dia hina..
Sekarang..
Dia buat-buat tak paham saya..
Sekarang..
kawan saya bukan kawan dia..
Sekarang..
Saya ke timur dia ke utara..
Sekarang..
Susah saya senang dia..
Sekarang..
Makan pon dah tak berteman..
Sekarang..
Saya tak berbantal pon dia tak kesah..
Sekarang..
Sakit saya, saya tanggung..
Sekarang..
Bahagia dia atas sedih saya..
Sekarang..
Makan dia, tak hirau saya..
Sekarang..
Gurau saya, cuka pada dia..
Sekarang..
Jiwa saya, musuh dia..
Sekarang..
Idea dia, bukan lagi idea saya..
Sekarang..
Saya dah tak ada dia..
Sekarang..
Saya orang terakhir bagi dia..

Saya anggap dia sahabat..
Saya ikhlas sayangkan dia..
Saya tak berkira dengannya..
Saya sedih bila dia susah..
Sedih dia sedih saya..

Tapi..
apakan daya..
Manusia boleh berubah..
Bila susah dia gunakan saya cukup-cukup..
Bila senang..
Saya pon dia tak pandang..
Saya kecik hati..
Dia jaja sana sini..

Saya beginilah..
Saya begitulah..
Saya jahat..
Saya malas..
Itu dijaja itu difitnah..
Telinga ramai yang termakan fitnah..

Kata terima buruk baik seorang sahabat..
tapi dia hipokrit..
dia tak sanggup susah demi saya..
sedangkan dia sakit..
saya yang jaga..
hantar pegi klinik..
hantar pulang sedekat yang mampu..
tapi apa saya dapat?
caci maki..
hina kutok..
fitnah..
itu santapan saya lepas bersusah payah demi seorang..
yang saya anggap sahabat..

dia bahagia perburukkan saya..
sedangkan dia makan beras saya..
halalkah kita makan makanan orang yang kita hina..
yang kita fitnah?
nauzubillah..
saya halalkan semuanya..
tapi dosa dia pada saya..
maafkan saya..
saya belum mampu redhakan..

saya sayang dia..
tapi dia tikam saya..
senang sikit..
lupa saya..
sedang saya..
bila senang saya, dia keutamaan..
tunggu dia pagi-pagi..
takot dia terlewat jalan kaki..
korban masa pagi-pagi..
kesian tengok dia sakit kaki..

tapi ada dia fikir pengorbanan saya?
jawab dia, mudah je..
"aku bayar lah duit minyak kau!"
memang saya tak nafi..
tapi hati ni?
sebulan dua bayar tapi ungkit macam hari-hari..
seolah-olah saya ungkit naik free..

saya tak berkira..
ilmu itu milik ALLAH..
saya kira saya usaha sama-sama..
sebab dia sahabat..
tak sangka..
sahabat pun boleh jadi musibat..

entahlah..
mungkin ini dugaan saya..
hidup saya tak lama..
baru 22 tahun..
tapi macam-macam orang saya jumpa..

manusia ambil kesempatan yang paling banyak..
ALHAMDULILLAH..
bonus lagi untuk saya..

moga-moga sahabat itu akan sedar akhirnya.
moga-moga ALLAH bukakan pintu taubat buatnya..
AMINNNN..

wassalam..gudnite..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

FINAL EXAMINATIONS

huhuu..
final nih..
but still..boleh lepak cc n play game..
n facebooking..

bila kau nak sadar ni hah??
aduhai...
sedih tol..
memain je dr dulu...
cukup2 laa...asek play around je..

actually bukan niat hati pon utk tidak fokus..
tp..........mmg takleh nk fokus..
susah laa..
whats up with the new baby in the family..
with the on the rock relationship..

with friends problem..
mmg susah sgt nk fokus..
im bored n unfocused..
tahla...

hurmm..any advice?
sgt tertekan rite now..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Im writing a story...

Im writing a story..
tp tak penah bagi org bace lagi..
so..after exam ni..i will let people read it on my blog..

do comment yea..
critic la mane yg bagus or tak...
mane yg ok or should be changed..
or mane yg sensitive..
bg la support ye..to all frens..
i really need u guys punye support..

k?thanx..

see yaa..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Manusia..ooohh... manusia....

Assalamualaikum...
Dunia semakin maju, namun manusia kian mundur. Betulkan? Kenapa saya kata begitu? Kerana manusia kini semakin hilang etika, budaya dan perikemanusiaan. Mungkin akan ada yang berkata saya bercakap atas dasar suka-suka, atau semata-semata ingin mencari topik hangat, tapi kita tak sedar, apa sahaja perkara yang kita lakukan, kini dan akan datang semuanya semakin melangkau dari etika kemanusiaan dan jauh tersasar dari pegangan agama. Manusia kini semakin obses dengan kecantikan. Sana-sini orang sibuk mencari pil, suntikan, ubat atau apa sahaja cara untuk kelihatan cantik dan menarik. Segala macam rawatan atau pembedahan, bagaikan rutin uatam hidup mereaka kini. Jangan kata wanita sahaja, lelaki pun ada juga yang tergila-gilakan kecantikan luaran ini. Sudah begitu rupa anugerah Ilahi....terima sajalah.
Sudah cantik berkulit hitam manis, mahu ditukar pula menjadi putih. Tengok saja contoh depan mata. Micheal Jackson, raja pop antarabangsa yang sanggup tahan sakit semata-mata nak berkulit putih. Sudah berkulit molek tanpa jerawat, mahu pula kulit mulus. hasilnya, mula lah cari suntikan botox dan vitamin C. Sudah diberi badan yang sihat, gebu, montok, masih tidak bersyukur. Sanggup pula tahan nafsu sampai tak makan berminggu-minggu atau terus saja pergi buat rawatan 'liposuction' (sedut lemak). Sudah dapat kening yang tebal, alis yang menawan, habis ditarahnya bagai rumput di taman. Sudah dapat lidah yang mungil, yang indah berseri, habis di cucuk nya dengan cecair pembengkak. Alahai........manusia... manusia....
Sudah dapat hidung yang pesek, dagu yang lonjong, mata yang sepet, habis seluruh wajah di ubah nya. Ramai pulak tu yang terikut-ikut dengan trend tidak sihat ni. Manusia sekarang, alahai....tak pernah bersyukur. apa yang ada, semua di ubahnya. Kalau sempurna dan cantik, tak apa lah juga. Ini tidak, terlanggar sikit patah. Tersentuh sikit, pecah. Terpicit sikit rosak. Kenapa lah manusia ni tak mahu bersyukur saja dengan anugerah yang tidak ternilai dari ALLAH s.w.t?
Cuba-cubalah basahkan bibir dengan ZIKRULLAH...Sucikan wajah dengan WUDHU'.... Rampingkan badan dengan PUASA... Bersenam dengan SOLAT... Kuatkan anggota badan dengan SEDEKAH JARIAH...serta amal soleh yang lain...mungkin lebih berkesan daripada pil-pil, hormon-hormon dan rawatan-rawatan merbahaya tu..
Bukan niat mahu menjadi batu api, tapi...fikir-fikirlah...apalah faedahnya semua perubahan yang dilakukan? Kepada wanita-wanita, suami tetap lari jugak kalau anda berubah fizikal 100% sekali pun kalau hati anda masih tak berubah, niat dan perlakuan tetap sama. Yang penting, aurat dijaga, hati, pertuturan, amalan dan perlakuan sebagai muslimah sejati itu yang dijaga. Kepada para lelaki pula, untuk apa menjadi manusia yang rupa luaran sempurna tapi hati dan ibadat kepada Allah tidak sesempurna wajah yang di inginkan? Masih tergila-gilakan duniawi sedangkan kubur dah lama ternanti-nanti, untuk apa?
Sedarlah para umat yang gemar merubah kejadian azali ALLAH... Belajarlah terima hakikat diri anda, nescaya amda akan mampu menerima orang lain dengan ikhlas.. Allah melknat orang-orang yang merubah ciptaan NYA. Allah melaknat orang-orang yang tidak tahu bersyukur. Jadi, tanamkan satu tekad, belajar terima kekurangan diri, dan anggap ia sebagai satu kelebihan. Anda akan lebih tenang dengan cara itu. Lagipun, di akhirat nanti, bukan paras rupa yang menjadi ukuran. Amal soleh dan kebajikan yang menjadi sandaran. Fikir-fikirlah.............
Wassalam..
Mardziyatun Nasibah Mohammad Hazir

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jenayah Ada di Mana-mana?!

Dewasa ini kes-kes jenayah kian berleluasa. Semakin hari semakin kejam. Inilah yang menakutkan masyarakat kita hari ini. Pelbagai tajuk mengerikan sering terpampang di dada-dada akhbar. Tangan mangsa ragut putus ditetak, kanak-kanak diculik, malah dirogol, ada juga kes-kes bunuh yang tidak mengira jantina dan umur. Peragut, pembunuh, perogol malah penculik kini sudah bersikap seperti binatang. Tidak lagi mengambil kira usia malah semakin berani mencederakan mangsa serta membunuh tanpa perikemanusiaan.

Trauma! Trauma! Trauma! Apabila terjadinya kes-kes culik, ragut, rogol dan bunuh, kita sering merasa simpati pada si mangsa dan keluarganya serta gusar jika kita pula yang menjadi mangsanya. Namun, rasa simpati dan takut itu hanyalah sementara. Mengapa pula saya katakan perasaan kita itu hanyalah sementara? Kita hanya akan berasa simpati dan bimbang semasa terbaca artikel-artikel di dada-dada akhbar. Sejurus itu, apa inisiatif kita? Berita-berita ini hanya akan singgah sekejap di minda kita dan lenyap kemudiannya.

Pernahkah kita terfikir jika kita pula yang terperangkap di dalam situasi-situasi mengerikan ini? Pernahkah kita terfikir apa tindakan yang akan kita ambil sebelum menjadi mangsa pada keadaan-keadaan menggerunkan ini? Saya tidak rasa rakyat Malaysia kini pernah memikirkan perkara-perkara tersebut. Bukankah ada peribahasa Melayu yang menyebut sediakan payung sebelum hujan? Mungkin masyarakat kita masih belum memahami erti sebenar peribahasa itu.

Berita paling menggempar tahun lalu di mana kes adik Nurin Jazlin yang dibunuh dengan kejam membuka mata hampir semua rakyat Malaysia. Baru kita sedar, jenayah semakin berleluasa dan rakyat Malaysia sendiri semakin kejam. Kanak-kanak sekecil itu didera dan dibunuh tanpa belas kasihan. Terbaru, kes adik Sharlinie dan adik Asmawi yang hilang dan masih belum ditemui pula merisaukan seluruh rakyat Malaysia. Di mana letaknya perikemanusiaan kita? Masyarakat kita masih alpa, masih leka. Tidak terfikirkah ini adalah amaran supaya kita memenuhkan ilmu di dada sebelum terlambat?

Saya ingin mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama belajar ilmu mempertahankan diri. Ilmu ini adalah sebagai persediaan untuk kita tempuhi hari-hari mendatang dan sebagai perisai jika terjadinya perkara-perkara tidak diingini ini. Mengapa tidak kita daftarkan diri kita, suami atau isteri, anak-anak kita dan juga ahli keluarga kita ke institusi-institusi yang menawarkan ilmu mempertahankan diri? Bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati?

Ramai yang tidak menyedari kewujudan pusat-pusat seni mempertahankan diri yang kian bercambah dewasa ini. Saya terbaca artikel di sebuah akhbar berbahasa Inggeris beberapa bulan yang lalu. Akhbar tersebut membuat liputan tentang sebuah pusat yang menyediakan kursus jangka pendek bagi semua golongan masyarakat untuk tujuan mempertahankan diri. Bagi saya, kursus-kursus pertahanan diri yang ditawarkan di Kickstart Academy ini amat berguna untuk semua golongan khususnya wanita. Wanita sering menjadi mangsa ragut, rogol, culik dan bunuh kebelakangan in. Jadi sebagai persediaan menghadapi situasi-situasi tersebut, adalah bagus sekiranya kita mengambil inisiatif untuk mempelajari ilmu ini.

Kursus-kursus seni mempertahankan diri ini mengajar wanita dan sesiapa sahaja yang berminat bagaimana untuk menyelamatkan diri, melawan musuh di saat-saat genting serta bagaimana untuk mengatasi panik dan ketakutan. Kursus-kursus ini juga memberi pendekatan mudah dan taktik serta teknik yang betul untuk mengatasi lawan berbanding seni mempertahankan diri yang lain.

Saya ada membuat sedikit kajian di internet malah ke pusat itu sendiri yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Kebanyakan mereka yang mendaftar diri adalah golongan yang pernah menjadi mangsa kejadian ragut, rogol dan culik. Semangat mereka berkobar-kobar untuk menguasai ilmu ini setelah mengalami trauma yang teruk. Jika mereka yang sudah terkena atau menjadi mangsa boleh mendaftar, mengapa tidak kita? Adakah kita perlu menunggu sehingga terkena batang hidung kita sendiri baru hendak membuka langkah? Setelah menjadi mangsa baru kita hendak sedar bahawa nyawa kita di dalam bahaya?

Bagaimana jika mangsa seterusnya adalah ibu bapa, anak-anak, atau sanak saudara kita? Mahukah kita jika apa yang terjadi pada adik Nurin Jazlin, Nurul Huda dan yang terkini adik Sharlinie serta adik Asmawi terjadi pula pada diri kita atau orang yang kita sayangi? Rakyat Malaysia kini perlu disedarkan, benar seperti kata Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Melayu mudah lupa. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membuka minda dan mengubah mentaliti masyarakat kita supaya kita sedar nyawa kita kini di hujung tanduk.

Bukan kerana ingin menjadi wira tetapi saya tidak sanggup lagi membaca atau mendengar kisah-kisah sedih dan mengerikan terjadi di dalam negara kita. Setelah negara kita sudah merdeka selama 50 tahun, alangkah bahagianya jika negara kita juga merdeka daripada jenayah-jenayah berat. Alangkah selesanya jika tiada lagi ancaman jenayah yang berleluasa. Marilah kita sama-sama berusaha mengubah mentaliti diri dan masyarakat supaya kita boleh bernafas dengan tenang semula, supaya kita boleh kembali tidur dengan lena. Nyawa kita tanggungjawab kita, bukan hak sesiapa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cinta Mati..

CINTA MATI....

Cinta mati.. siapa percaya pada cinta mati? Mesti ramai yg tak tahu atau tak faham akan cinta mati.. tapi aku dah lihat.. Memang cinta mati itu ada.. kamu tahu apa itu cinta mati?? Cinta mati bukan kekecewaan selepas putus cinta.. tapi.. cinta mati tu cinta abadi.. cinta yg kekal walau selepas kita menutup mata.. walau kekasih hati kita dah tiada lagi di muka bumi ini.. ye.. aku dah lihat cinta mati itu.. depan mata aku sendiri.. terharu sungguh.. bayangkan...


KISAH NYA BERMULA BEGINI....
sang suami berada di hujung nyawa..
si isteri walaupun dirinya sendiri dalam keadaan tidak sihat..
masih setia menemani sang suami..
setiap desah nafas suami yang sukar diuruti dgn belaian tangan si isteri..
tangan si isteri tak lepas lepas memaut jari jemari sang suami..
macam dah tahu yg sang suami bakal meninggalkan dirinya..
setitis air mata pun tak kelihatan..
kerana mereka sudah berjanji..
jika sang suami pergi..
si isteri bakal menyusul..
mereka sama-sama berjanji akan bersama di akhirat nanti..
bagi aku.. itu cinta mati..
cinta sejati..
bukan cinta muda-mudi..
bukan cinta untuk sehari...
kerana...
pada usia lebih 45 tahun perkahwinan mereka..
akhirnya..
sang suami pergi jua..
pergi menghadap Tuhan nya yang MAHA ESA..
si isteri bagai terpukau..
terpaku..
tersentak..
bagai direntap..
melihat sang suami akhirnya pergi meniggalkan dirinya..
tapi terlukis di wajah nya sebuah kehilangan..
kehilangan cinta mati nya..
cinta pertamanya..
cinta yang abadi..
cinta yang pernah di janjikan..
akan dibawa ke mati..
kini.. si isteri bagai menuggu hari..
hari-hari terakhirnya..
hari di mana dia pula akan dijemput pulang oleh..
TUHAN nya.. yang MAHA ESA..
pulang ke pangkuan suami tercinta..
mencapai semula CINTA MATI nya..
aku juga..
tertanya-tanya..
adakah cinta mereka bakal bersatu semula..
namun aku tetap berdoa..
biarlah cinta mati itu akan terus kekal..
kekal segar seperti hari pertama cinta mati itu..
termeterai..
dibajai..
hanya satu doaku..
semoga cinta mati mereka kekal abadi..
semoga cinta mati itu akan bertaut kembali..
walau beribu tahun mereka terpisah....
amin....


(AL-FATIHAH pd arwah uncle Said)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS